Monday, October 19, 2009

Kelebihan Berselawat Ke Atas Rasulullah S.A.W

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril , Mikail, Israfil dan Izrail A.S telah berkataku ....

Jibril A.S : " Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar"

Mikail A.S: "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan ku beri mereka itu minum dari telagamu"

Israfil A.S : " Mereka yang berselawat kepadamu akan ku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu"

Izrail A.S : " Bagi mereka yang berselawat keatasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi"

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W ? ...
Para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke atas Rasulullah S.A.W .
( Dengan kisah yang dikemukakan ini, ana berharap para pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W ... Mudah-mudahan kita menjadi orang -orang kesayangan Allah, Rasul dan para Malaikat.. amin...

Sunday, October 18, 2009

Pesanan Rasullullah S.A.W terhadap Wanita

1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik- baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah..(Riwayat Muslim )
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintas kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu zina( Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Di Kahwini wanita itu kerana empat perkara : kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana Agamanya. maka carilah yang kuat beragama nescaya kamu beruntung
4) Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapuskan baginya seribu kejahatan.
Automatic Created Playlist by www.autoplaylist.com
Make Your Own Mp3 & Video Playlist at www.autoplaylist.com